peristiwa 2010 – seperti “hayate no gotoku”

Aku sangat lemah mendokumen peristiwa. Sudah 7 hari tahun baru, masih belum dapat merasakan realitinya. 2010 berlalu pantas seperti “hayate no gotoku”.
Di sini aku cuba ceritakan perkara-perkara penting yang berlaku tahun lepas. Tahun lepas mencatat sejarah buatku kerna pertama kali bermain musik di majlis awam sejak aku mula memetik gitar berpuluh tahun dahulu. Majlis tersebut berlangsung di Melaka, sebuah majlis dianjurkan kelab animasi universiti tempatan dan didatangi peminat-peminat animasi dan komik. Kerna usaha yang sambil lewa, hasilnya bolehlah dilupakan dan tak perlu dibangga-banggakan. Sekadar selitan dalam kenangan yang persembahan tersebut pernah ada dalam sejarah hidupku.

Perkara penting kedua yang berlaku ialah kemasukan ke sekolah fotografi. Ia melibatkan wang yang banyak dan dedikasi masa yang tinggi. Aku kekurangan tidur acapkali hujung minggu. Selepas dua semester berlalu, Alhamdulillah ada peningkatan dari segi teknikal namun secara keseluruhannya aku gagal merubah mindaku menjadi lebih profesional. Aku rasakan apa yang aku inginkan adalah berbeza dari apa yang aku bakal perolehi. Namun kerana sudah separuh jalan dan perbelanjaan yuran sudah dibuat, aku terpaksa teruskan juga sehingga tamat persekolahan.

Perkara ketiga ialah penukaran kerja buat kali keempat dalam karierku. Aku sudah lali dengan perubahan dan ramai rakan lama yang kukenal jadi ia hanyala prosedur biasa.Yang nyatanya kehidupan bekerja padaku cumala sumber rezki yang halal, sekadar meneruskan kehidupan moden yang berteraskan sistem wang.

2010 menyaksikan sekali lagi aku hidup melebihi kemampuan ekonomi diriku. Azam untuk berjimat telah lebur dan defisit semakin melambung. Aku hanyut dalam kehidupan separuh sedar dan melayari gelora nafsu.

Jadi apakah yang akan terjadi pada 2011? Tuhan sahaja yang tahu. Tiada azam bagiku tahun ini. Aku akan dominan sehingga 2012…

Posted in monolog | Tagged | Tinggalkan komen

biarlah jadi minoriti yang berjaya

Di dalam Al-Quran sudah dinyatakan hanya sedikit antara manusia yang masuk syurga, dan banyak yang akan terjerumus ke dalam api neraka. Buktinya sedikit orang yang sembahyang berjemaah di Masjid, ramai yang minum arak di kelab malam.

Janganlah rasa rendah diri dan malu jadi minoriti yang berjaya. Dan cubalah sedaya upaya berpesan kepada keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menjadi yang sedikit ini. Dan ingat! Menjadi Melayu bukanlah kunci masuk syurga. Cina, India dan apa jua bangsa sekalipun, asalkan mereka Islam, mereka boleh berjaya!

Posted in spiritual | Tagged | Tinggalkan komen

Ikutkan hati mati

Saya bernasib baik petang tadi, semasa memandu untuk pulang dari rumah rakan saya, saya putarkan radio ikim fm dan penyampai semasa itu telah membincangkan mengenai soal hati. Elok rasanya saya kongsi mengenai hal tersebut dalam blog saya ini.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Penekanan yang diberikan dalam perbincangan tersebut ialah bagaimana hati hanyalah boleh merasa (gembira, sedih, takut dsb) dan hati sendiri tidak boleh berfikir. Salah satu nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada manusia ialah akal fikiran untuk memilih mana yang buruk dan baik. Namun manusia selalu memilih langkah atau jalan yang salah kerana hati seringkali memenangi akal fikiran.

Apabila kita membuat satu kesilapan, ianya seolah mencalit satu tompok kecil di dalam hati kita. Perlulah kita bersihkan kembali tompok hitam ini dengan solat dan istighfar untuk menjaga kebersihan hati kita. Namun apabila dalam rutin seharian kita,  perkara-perkara yang boleh membersihkan hati ini ditinggalkan, tompok ini akan semakin besar dan menggelapkan hati. Hati yang gelap mudah memenangi akal fikiran. Ini ditambah lagi dengan nafsu dan bisikan iblis yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dan sekaligus merugikan manusia itu sendiri.

Pepatah barat yang mengatakan “if you don’t know what to do, just follow your heart” adalah songsang sama sekali di mana akal mesti menjadi keutamaan apabila kita berdepan dengan sesuatu pilihan.

Jadi diharap dengan perkongsian saya dalam kiriman blog kali ini, pembaca budiman lebih berhati-hati dan banyak berfikir dengan akal bukan nya dengan hati dalam membuat apa jua pilihan dalam kehidupan seharian kita. Bak kata pepatah melayu:

“Ikut hati mati, ikut rasa binasa”

Posted in spiritual | Tagged | 1 Komen

Setengah pinggan, dua kali sehari, dan sedikit alas perut di waktu pagi.

Jarang didengar di Malaysia, rakyat kita mati disebabkan tak cukup makan, namun berita mengenai rakyat kita yang mati disebabkan strok, darah tinggi dan kencing manis terlalu biasa kita dengar sehinggakan kita jadi lali dengan perkara tersebut.

Mungkin ada di antara pesakit yang tidak bernasib baik menerima penyakit tersebut sebagai legasi keluarga, namun antara punca besar tiga penyakit di atas mencapai tahap kronik ialah disebabkan budaya kita yang suka berlebih makan. Tidak boleh disangkal, makan merupakan salah satu budaya Malaysia yang unik, namun jika kita ambil contoh negara Jepun misalnya, budaya makan mereka juga amatlah unik dan terkenal serata dunia namun mereka masih mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

Menjangkau tahun akhir era 20-an, saya bertekad untuk membuat perubahan dalam cara pengambilan makanan saya seharian. Doa mestilah didahulukan dengan usaha, jadi selain berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhkan dari malapetaka dan penyakit setiap kali selesai solat, usaha mengubah gaya hidup adalah amat kritikal bagi mencapai kehidupan yang sihat.

Saya bukanlah pakar pemakanan, namun saya telah memulakan diet ringkas saya dengan makan separuh pinggan nasi untuk makan tengahari dan malam, serta menjamah sekeping roti atau telur separuh masak di waktu pagi. Saya juga cuba banyakkan mengambil sayur dan ikan daripada daging dan ayam untuk setiap hidangan.

Setelah mengamalkan diet di atas saya dapati beberapa perkara positif dalam pengambilan makanan saya. Disebabkan makan sikit dan saya dalam keadaan yang lebih lapar daripada biasa untuk setiap hidangan, makanan terasa lebih sedap dan saya makan dengan lebih berselera walaupun sedikit. Saya juga lebih menghargai setiap butir nasi yang saya ambil dan tidak membazir. Selain itu, saya lebih rasa bersyukur ke atas nikmat makanan yang dikurniakan kepada saya.

Diharapkan pembaca budiman juga mengambil inisiatif menukar atau memperbaiki cara pemakanan ataupun cara hidup secara keseluruhan untuk kesihatan fikizal dan mental kita supaya kita boleh hidup selesa, dunia dan akhirat.

Posted in pendapat | Tagged , | Tinggalkan komen

Formula T-M-E untuk berjaya dalam industri fotografi

Saya berpeluang duduk semeja dengan tutor kursus diploma saya Encik Azam, dan beliau berkongsi mengenai apa yang seorang usahawan jurufoto perlukan untuk berjaya dalam industri yang mencabar ini. Untuk mudah diingat saya ringkaskan konsep tersebut kepada apa yang saya panggil T-M-E.

T adalah kependekan daripada Technician (juruteknik). Untuk menjadi jurufoto professional pengetahuan pertama yang perlu ada ialah pengetahuan teknikal untuk menghasilkan gambar yang kreatif dan boleh memberi impak kepada orang ramai. Ini termasuklah pengetahun mengendalikan kamera, pengetahuan post-processing, pengetahuan berkomunikasi dengan subjek terutamanya apabila kita banyak mengambil gambar portret dan event.

Apabila seorang individu berjaya menjadi seorang Technician yang bagus, langkah seterusnya ialah untuk menjadi M iaitu Manager. Pengurusan masa, pengurusan peralatan (kamera, peralatan komputer dsb), pengurusan pengangkutan ke lokasi, pengurusan surat-menyurat, pengurusan pembantu jurufoto, semua ini perlu diuruskan dengan bijak dan teratur.

Kebanyakan jurufoto profesional mampu menguasai T dan M namun seiring dengan perubahan masa dan konsep sosial masa kini, seorang jurufoto juga perlu menjadi E atau Enterprenur yang berkesan. Ini termasuklah penggunaan Flickr, Twitter, Facebook, Blog dan Website untuk memberi pendedahan kepada industri dan market pelanggan apa yang boleh kita hasilkan untuk mereka. Bagaimana kita berbeza dengan jurufoto lain dan kenapa mereka mahu menggunakan perkhidmatan kita.

Diharapkan post ini sedikit sebanyak boleh menjadi peringatan kepada diri saya sendiri dan panduan kepada pembaca yang mungkin berminat untuk keluar dari kepompong selesa diri masing-masing dan mecuba untuk mencabar peluang dalam industri fotografi terutamanya di Malaysia ini.

Posted in fotografi | Tagged , | Tinggalkan komen

Jihad melawan hawa nafsu

Makan dan tidur, adalah dua keperluan manusia. Kalau tidak tidur, kita akan jadi pening kepala. Kalau tak makan, rasa macam nak pengsan. Tapi hawa nafsu kita akan mendorong kita makan dan tidur secara berlebihan. Lebih makan, lebih tidur, adalah dua sikap yang akan membawa pembaziran masa dan mendorong kesihatan yang buruk. Jom jihad! Untuk melawan hawa nafsu makan dan tidur!

Posted in pendapat | Tagged | Tinggalkan komen

Why I do photography

Do you ever ask yourself why you are doing things you do?
I am currently reading Vision Mongers by David duChemin and am still at the very beginning of the book, but it made me wondering again why am I doing photography. This post is a reminder to myself that I was doing it because I need a medium to express myself which I am very poor at. I did stuff like playing guitar and running a blog to achieve one thing – self expression. Most of the time I failed haha…

Posted in monolog | Tagged | Tinggalkan komen

Alternatif kepada penapis ND

Kadangkala kita perlu menggunakan kelajuan shutter yang perlahan (slow shutter) untuk mendapatkan efek pergerakan dalam gambar yang kita ambil. Namun apabila kita berada dalam suasana yang banyak cahaya (contohnya lokasi luar di waktu tengahari) kita mungkin akan mendapat gambar yang lebih dedahan (overexposed) walaupun kita menggunakan ISO yang paling rendah (contohnya ISO 100) dan bukaan yang paling kecil (smallest aperture).

Cara mahal untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan penapis ND (ND filter) yang akan menggelapkan lagi persekitaran supaya dedahan kita tidak terlebih. Namun penapis ND ini berharga agak mahal dan bukan semua jurugambar amatur mampu membelinya.

Alternatif kepada penapis ND pada kamera, kita boleh menggunakan perisian manipulasi gambar (post-processing software) seperti Lightroom ataupun Photoshop.

Di bawah adalah satu contoh di mana saya menghadapi situasi pencahayaan terang tetapi saya hendak menggunakan kelajuan shutter rendah untuk mendapatkan efek pergerakan. Gambar asal semasa diambil adalah terlebih dedahan namun disebabkan oleh jarak dinamik (dynamic range) kamera DSLR, butiran gambar masih ada di gambar mentah (RAW) dan butiran ini berjaya dikembalikan menggunakan perisian Lightroom.

Gambar mentah:

Selepas dimanipulasi :
gerbang masjid putrajaya

Posted in fotografi | Tinggalkan komen

Selepas 53 tahun merdeka

Secara zahirnya kita telah menikmati kesenangan hidup sebagai negara merdeka dari penjajah lebih dari 5 dekad.

Syukur kita kepada-Nya kerana dengan izin-Nya kita menikmati pelbagai kemudahan dibandingkan dengan beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

Namun perlulah kita berfikir sejenak, adakah kita benar-benar bebas dari cengkaman penjajah?

Pendidikan kita, sistem undang-undang kita, sistem politik kita, bahasa dan gaya hidup kita.

Merdekakah kita jikalau semua aspek di atas dihalusi secara mendalam?

Adakah kita pernah berusaha untuk bebas dari ideologi dan cengkaman agenda barat?

Adakah sekadar dengan mempunyai bangunan tinggi dan litar F1 membuatkan kita signifikan di mata dunia?

Saya sendiri tiada jawapan tepat bagi persoalan-persoalan di atas, tapi saya serahkan kepada pembaca sekalian untuk muhasabah diri.

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53!

Posted in pendapat | Tagged , | Tinggalkan komen